Posts

Showing posts from May, 2018

Puncanya adalah exam oriented..

Pemikiran kritis dapat dipupuk melalui exam oriented. Tetapi dalam masa yang sama kita terabai pemikiran kreatif dan pemikiran secara penerokaan. Dua jenis pemikiran ini penting untuk melahirkan masyarakat yang berinovasi dan boleh memajukan negara. Pemikiran kritis hanya akan melahirkan rakyat yang hanya "saya yang menurut perintah" seperti apa yang dimahukan oleh kerajaan terdahulu. Apabila Maszlee Malik dilantik menteri pendidikan, perkara utama yang beliau cuba tekankan ialah teknologi dan bahasa inggeris. Sudah tentu ia datang dari Mahathir yang terpaksa melepaskan jawatan menteri pendidikan kerana melanggar manifisto. Maka apabila dua perkara tersebut menjadi keutamaan, maka sejarah akan berulang seperti tahun 2003 hingga 2012. Iaitu ketika perlaksanaan ppsmi. Sekolah kampung dan pedalaman bakal menjadi mangsa. Murid2 kampung terutamanya, semakin ketinggalan dan guru2 dipersalahkan. Secara peribadi, walaupun kurang bersetuju, tapi aku tidak membantah apabila sains di...

Tangan berkuku besi jadi penghalang

Sangat besar harapan seluruh warga pendidik terutamanya, dan rakyat umumnya, yang mahu melihat perubahan dalam sistem pendidikan. Apatah lagi apabila mendengar visi Dr Maszlee Malik mengenai pendidikan yang sangat sedap dihadam telinga. Namun semuanya akan hancur berkecai, hampa, sekiranya orang paling di atas menggunakan tangan berkuku besi untuk menentukan segala keputusan mengikut kepala otaknya sendiri. Seperti sejarah sebelum ini, beliau sewenang2nya menolak pandangan teknokrat dan pakar2, hanya mengikut kepala otaknya saja. Boleh pakai atau tidak, belakang cerita.. buat dulu, tidak berjaya nanti salahkan orang lain.. inilah perangai idola kesayangan seluruh malaysian.. Tangan berkuku besi itu, bakal menjadi penghalang yang akan menyekat dari berlakunya perubahan dalam sistem pendidikan kita. Aku sangat yakin dan percaya, sungguh!! orang itu 100% sama seperti dulu. Tidak berganjak walau 1mm sekalipun.. Dan pada pendapat aku, sekiranya KPM masih dikongkong oleh politik seperti k...

Sistem pendidikan yang fresh!!

Syukur Alhamdulillah, bakal menteri pendidikan telah diketahui iaitu Yb Dr Maszlee Malik. Pendapat peribadi aku, ini lebih bagus dari diterajui oleh Dr Mahathir. Harap selepas ini sistem pendidikan ditambah baik.  Dan apa yang paling penting, kurangkan campur tangan politik. Berbincanglah dengan pakar2 pendidikan. Kita mahu sistem pendidikan yang fresh. Terutamanya sekali pendidikan awal sekolah rendah. Sistem pendidikan yang selari dengan aras murid. Of course, kita mahu KBAT. Tapi biarlah KBAT yang mengikut aras pemikiran murid. Dan apa yang lebih penting, pandapat aku sebagai guru sekolah rendah, sistem pendidikan kita harus lari dari mentaliti exam oriented. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Belum masanya kita hendak menekan murid sekolah rendah dengan sistem exam oriented dan KBAT yang membebankan mereka.  Pada peringkat ini, seharusnya kita lebih menerapkan pendidikan yang bersifat mengasuh dan mendidik. Bukan bermakna Matematik dan sains itu tidak penting, tetap...

Tidak jadi hiking hari ni..

Hari ini tidak jadi hiking..  adooi, 1 minggu x bersenam.. fail.. pilihanraya punya pasal.. hahaha.. minggu depan sudah start puasa.. ambil peluang ini untuk bersenam, lepas sembahyang terawih.. 

Apa planning esok?

Sudah 1 minggu tidak workout.. kepala aku asyik berpusing2 mcm tenggiling memikirkan pasal politik.. apa akan jadi lepas ni. Tapi selepas 3 hari berlalu, rupanya sama saja. Bila aku makan 2 pinggan dan tidak bersenam, perut semakin membesar.. ingatkan kalu PH dah menang, automatik perut kurus sendiri, hnsss.. hahaha Jadi seperti biasalah, biarkan air itu mengalir.. kalau bertakung macam kolam, kita akan terkena kotoran dari air kencing gara2 orang yang kencing senyap2 tapi pura2 tidak tahu. Dan kaki kencing pula, yang sudah banyak kali kencing melata, sekarang sudah duduk dalam kolam.. kotoran kencingnya sudah kena basuh.. sekarang harap2 tidak kencing lagi dalam kolam.. Kita mau kolam yang bersih, untuk kita mandi sama2.. jangan pula tengah syok mandi- manda, tahi pula tersembul keluar.. uweek.. Jadi plan esok, aku mau pg hiking.. Heheheh

Sokongan padu

Kerajaan yang mendapat sokongan padu orang ramai adalah bagus untuk melincinkan pentadbiran. Sebelum ini kalau siapa yang sokong kerajaan  akan digelar macai. Kalau sembang kedai kopi, orang yang sokong dasar kerajaan  terpaksa berdiam diri atau berbicara mengikut rentak, tidak mahu di cop macai. Sekarang ramai orang tidak kisah jadi macai. Sokongan padu rakyat juga boleh memudahkan dasar kerajaan dilaksanakan tanpa prejudis dan persepsi. Semoga BN yang menjadi pembangkang akan bertindak professional. Sungguh aku mengagumi kematangan pembangkang (Sekarang adalah BN). Insyaallah, panjang umur, undi aku berpihak kepada parti yang  matang dan boleh buat kerja. Kita telah lihat BN jadi kerajaan untuk tempoh yang lama. Dan kita juga melihat Pekatan jadi pembangkang untuk tempoh yang lama juga. Jadi kita nilai cara kerja mereka apabila BN jadi pembangkang dan PH jadi kerajaan. Pembangkang mana yang lebih baik, dan kerajaan mana yang lebih baik. Rakyat sentiasa memerhati. Al...

Tunaikan janji..

Mudah2an janji manifisto PH dapat ditunaikan.. ********************** Manifesto PH janji 10 perkara, beban rakyat ringan dalam 100 hari SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH. Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir. “Matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi,” kata buku itu. Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untu...

Rakyat sudah membuat keputusan..

Sekarang sudah pukul 3.02 am.. Dengan ini PH adalah kerajaan baru Malaysia. Walaupun ada sikit berat untuk aku terima, tetapi it is ok.. ia adalah pilihan rakyat.. terima dengan lapang dada, dan cuba enjoy untuk melihat perubahan dan suasana yang baru.. Life must go on.. lupakan pasal pilihanraya.. teruskan dengan misi diet aku yang tergendela sementara.. hahaha..

Alhamdulillah.. sudah mengundi..

Syukur telah menunaikan salah satu tanggungjawab kepada negara.. maka malam ini penentuannya.. Perubahan sebenar yang akan memacu negara bukanlah perubahan politik, tetapi perubahan diri sendiri.. Siapa pun yang akan menang, selagi mana diri kita sendiri tidak berubah untuk menjadi lebih baik, maka hasilnya tetap sama. Ubahlah diri sendiri untuk menjadi lebih baik, maka negara akan berubah mengikut perubahan sikap rakyatnya.

Pemakanan..

Baru lepas makan roti canai, beliau laki belanja.. maka aku pun makan roti canai, ayam seketul dan teh tarik.. Alhamdulillah.. namun diet lari.. nanti esok jogging, cover balik.. heheheeh

Bukit Padang Hiking

Image
Pagi tadi, aku pegi hiking di Bukit Padang. Alhamdulillah, sampai ke puncak.. Hiking bukan semata2 workout, tapi boleh merelease tension melihat pemandangan dan menikmati alam semulajadi ciptaan tuhan. Pemandangan dari puncak.. 20 ke 30 minit untuk sampai puncak. Tapi aku banyak kali berhenti.. Semput, ambil nafas dulu..hehehe Ketinggian 159m.. Agak mencabar jugalah untuk orang yang obes tahap 2 macam aku.. Huhu.. But, where there's a will, there's a way.. Hehe

Forest Bathing

" The tonic of the wilderness was Henry David Thoreau’s classic prescription for civilization and its discontents, offered in the 1854 essay  Walden: Or, Life in the Woods . Now there’s scientific evidence  supporting eco-therapy . The Japanese practice of  forest bathing  is proven to lower heart rate and blood pressure, reduce stress hormone production, boost the immune system, and improve overall feelings of wellbeing." Link :  https://www.google.com/amp/s/qz.com/804022/health-benefits-japanese-forest-bathing/amp/  "We all know how good being in nature can make us feel. We have known it for centuries. The sounds of the forest, the scent of the trees, the sunlight playing through the leaves, the fresh, clean air — these things give us a sense of comfort. They ease our stress and worry, help us to relax and to think more clearly. Being in nature can restore our mood, give us back our energy and vitality, refresh and rejuvenate us." Link:  https...

1 kali sudah cukup!!

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ "Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali." [HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998]. Ibnu Hajar berkata, 'Seorang muslim harus terus waspada, jangan sampai lalai, baik dalam urusan agama mahu pun urusan dunianya." [Fath Al-Bari, 10: 530].

Bukit Kopungit hiking

Image
Hiking di Bukit Kopungit..  Hiking bukan saja baik untuk kecerdasan fizikal, kehijauan hutan juga bagus untuk terapi kesihatan dan untuk release tension.. 10 ke 15 minit sampai ke puncak.. Bila sampai puncak, aku rilek2 dulu.. Menikmati pemandangan dan menghirup udara segar hutan.. Tinggi puncak adalah 97m.. Bolehlah untuk biginner.. Puncak.. Pemandangan dari puncak.. Cuaca hari ini tidak berapa panas.. Macam mendung2.. Cuaca yang memang ngam kalau hiking..

3 round padang

Tadi berjaya jogging 3 round padang sebelum kelam-kabut balik rumah sebab sakit perut.. lepas tu makan rojak yang bapa tapau dari kenduri arwah.. malam ini x diet.. sbb makan rojak pukul 10 malam.. tapi apa2 hal pun kredit untuk aku sendiri kerana 3 round padang aku jogging tadi, aku masih belum semput.. nafas masih rileks.. cuma perut saja yang sakit..

Refleksi 2 minggu diet

Refleksi : Kejayaan = 1.berjaya kurangkan kadar makan malam. 2.Berjaya jogging 5 round slow jog. Kegagalan = 1. masih makan banyak waktu tengahari. 1 jam driving  balik dari sekolah ke rumah. Terasa penat, lapar, lepastu terus makan banyak. 2.  Tidak bersenam ikut jadual. Dalam 2 minggu hanya 3 kali jogging.  Tidak buat circuit training sendiri di rumah. 3.  Masih banyak minum manis. Tetapi berjaya dikurangkan sedikit. 4. Stress!.. ada beberapa perkara menyebabkan aku stress.. terutamanya pasal kerja.. Dan aku sedar, sungguh dalam aku mengajar dunia, aku lalai akhirat.. jarang pegi surau, berjemaah.. 5. Kurang motivasi untuk stay Fit..