Sokongan padu

Kerajaan yang mendapat sokongan padu orang ramai adalah bagus untuk melincinkan pentadbiran. Sebelum ini kalau siapa yang sokong kerajaan  akan digelar macai. Kalau sembang kedai kopi, orang yang sokong dasar kerajaan  terpaksa berdiam diri atau berbicara mengikut rentak, tidak mahu di cop macai. Sekarang ramai orang tidak kisah jadi macai.

Sokongan padu rakyat juga boleh memudahkan dasar kerajaan dilaksanakan tanpa prejudis dan persepsi. Semoga BN yang menjadi pembangkang akan bertindak professional. Sungguh aku mengagumi kematangan pembangkang (Sekarang adalah BN).

Insyaallah, panjang umur, undi aku berpihak kepada parti yang  matang dan boleh buat kerja. Kita telah lihat BN jadi kerajaan untuk tempoh yang lama. Dan kita juga melihat Pekatan jadi pembangkang untuk tempoh yang lama juga. Jadi kita nilai cara kerja mereka apabila BN jadi pembangkang dan PH jadi kerajaan. Pembangkang mana yang lebih baik, dan kerajaan mana yang lebih baik.

Rakyat sentiasa memerhati.

Allah lebih mengetahui. Sungguh percaturan Allah itu ada hikmahnya.

Popular posts from this blog

Bukit Kopungit hiking

Penipu dan pemfitnah..

Jogging di Padang..