Puncanya adalah exam oriented..
Pemikiran kritis dapat dipupuk melalui exam oriented. Tetapi dalam masa yang sama kita terabai pemikiran kreatif dan pemikiran secara penerokaan. Dua jenis pemikiran ini penting untuk melahirkan masyarakat yang berinovasi dan boleh memajukan negara. Pemikiran kritis hanya akan melahirkan rakyat yang hanya "saya yang menurut perintah" seperti apa yang dimahukan oleh kerajaan terdahulu.
Apabila Maszlee Malik dilantik menteri pendidikan, perkara utama yang beliau cuba tekankan ialah teknologi dan bahasa inggeris. Sudah tentu ia datang dari Mahathir yang terpaksa melepaskan jawatan menteri pendidikan kerana melanggar manifisto.
Maka apabila dua perkara tersebut menjadi keutamaan, maka sejarah akan berulang seperti tahun 2003 hingga 2012. Iaitu ketika perlaksanaan ppsmi. Sekolah kampung dan pedalaman bakal menjadi mangsa. Murid2 kampung terutamanya, semakin ketinggalan dan guru2 dipersalahkan.
Secara peribadi, walaupun kurang bersetuju, tapi aku tidak membantah apabila sains diajar dalam bahasa inggeris. Kerana sains lebih kepada fakta. Tetapi aku menentang sekeras2nya apabila matematik diajar dalam bahasa inggeris kerana ia melibatkan konsep. Konsep harus diajar dalam bahasa yang mudah difahami. Dan seperti yang dijangka, matematik kita merosot...
Namun kemerosotan ketika itu bukanlah puncanya semata2 ppsmi, tetapi adalah peperiksaan. Memang puncanya adalah peperiksaan!!. Dan peperiksaan inilah menjadi beban kepada guru dan murid. Sekiranya bahasa inggeris dan teknologi didedahkan dalam suasana yang enjoy, yang mana murid diasuh berfikir secara meneroka, tidak ada tekanan dan latih tubi berterusan untuk men score pemarkahan, maka teknologi dan bahasa inggeris boleh diterap dan diperkembangkan dalam sistem pendidikan kita.
Sebab itulah jangan terapkan bahasa inggeris ke dalam subjek susah dan kritikal seperti matematik. Ia hanya akan mewujudkan mentaliti bahasa inggeris itu susah dan menyusahkan. Apabila wujud mentaliti bahasa inggeris menyusahkan, maka sekali lagi usaha untuk meningkatkan bahasa inggeris akan gagal.
Cari jalan untuk menerapkan bahasa inggeris dalam keadaan yang happy dan enjoy. Elakkan dari mengorbankan subjek kritikal yang seharusnya menitik beratkan konsep dan kefahaman melebihi perkara yang lain. Buat team dari kalangan pakar untuk mengkaji perkara ini.
Kerajaan terdahulu sememangnya telah gagal dalam merevolusikan sistem pendidikan. Mudah2an kerajaan baru akan membuat satu kejutan yang dapat merubah budaya pendidikan kita. Bukalah telinga dan dengarlah pendapat dan pandangar pakar. Bukan hanya bersandarkan kepala otak Mahathir semata2.
Ps : tidak mau sejarah dahulu berulang..