Sistem pendidikan yang fresh!!

Syukur Alhamdulillah, bakal menteri pendidikan telah diketahui iaitu Yb Dr Maszlee Malik. Pendapat peribadi aku, ini lebih bagus dari diterajui oleh Dr Mahathir.

Harap selepas ini sistem pendidikan ditambah baik.  Dan apa yang paling penting, kurangkan campur tangan politik. Berbincanglah dengan pakar2 pendidikan.

Kita mahu sistem pendidikan yang fresh. Terutamanya sekali pendidikan awal sekolah rendah. Sistem pendidikan yang selari dengan aras murid. Of course, kita mahu KBAT. Tapi biarlah KBAT yang mengikut aras pemikiran murid. Dan apa yang lebih penting, pandapat aku sebagai guru sekolah rendah, sistem pendidikan kita harus lari dari mentaliti exam oriented.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Belum masanya kita hendak menekan murid sekolah rendah dengan sistem exam oriented dan KBAT yang membebankan mereka.  Pada peringkat ini, seharusnya kita lebih menerapkan pendidikan yang bersifat mengasuh dan mendidik. Bukan bermakna Matematik dan sains itu tidak penting, tetapi bagi ruang untuk menerapkan elemen pembentukan sosial di dalam PdP. Bukan hanya sekadar latih tubi untuk mengejar peratus dan gps UPSR.

Kita memang ada PAK21, tapi apabila sistem masih dibelengu oleh peperiksaan, percayalah PAK 21 kurang berkesan. Malah tidak relevan apabila sekolah masih dikerah untuk mencapai peratus dan gps yang ditetapkan ppd.

Teras yang kukuh, akan membina struktur yang ampuh.. maka mudah2an kali ini, sistem pendidikan dapat membina teras yang kental sebagai jati diri yang membina insan terdidik.

Popular posts from this blog

Bukit Kopungit hiking

Penipu dan pemfitnah..

Jogging di Padang..