Tangan berkuku besi jadi penghalang

Sangat besar harapan seluruh warga pendidik terutamanya, dan rakyat umumnya, yang mahu melihat perubahan dalam sistem pendidikan. Apatah lagi apabila mendengar visi Dr Maszlee Malik mengenai pendidikan yang sangat sedap dihadam telinga.

Namun semuanya akan hancur berkecai, hampa, sekiranya orang paling di atas menggunakan tangan berkuku besi untuk menentukan segala keputusan mengikut kepala otaknya sendiri. Seperti sejarah sebelum ini, beliau sewenang2nya menolak pandangan teknokrat dan pakar2, hanya mengikut kepala otaknya saja. Boleh pakai atau tidak, belakang cerita.. buat dulu, tidak berjaya nanti salahkan orang lain.. inilah perangai idola kesayangan seluruh malaysian..

Tangan berkuku besi itu, bakal menjadi penghalang yang akan menyekat dari berlakunya perubahan dalam sistem pendidikan kita. Aku sangat yakin dan percaya, sungguh!! orang itu 100% sama seperti dulu. Tidak berganjak walau 1mm sekalipun..

Dan pada pendapat aku, sekiranya KPM masih dikongkong oleh politik seperti kerbau dicucuk hidung oleh orang paling atas itu, dan menurut arahan secara membabi buta, maka sekali lagi kita akan dihidangkan dengan sistem pendidikan yang caca merba. Tetapi apa boleh aku buat, ... hmm, hanya mampu menyerah dan pasrah, sebab saya cuma yang menurut perintah!

Popular posts from this blog

Bukit Kopungit hiking

Penipu dan pemfitnah..

Jogging di Padang..