Posts

Showing posts from April, 2018

2.4km, 2-1,2-1 done

Setelah 6 hari tak ada workout, pagi ini aku paksa diri untuk jogging d padang.. 2 round jogging, 1 round walking.. 2 set dan dapatlah 2.4 km dalam masa 24 minit.. wow semput, terketar2 tangan, kaki sakit.. tahniah utk diri sendiri sebab telah start balik workout.. teruskan berusaha.. no pain no gain..

Pagi ini.. no workout..

Pagi tadi tidak jadi hiking. Oleh itu, workout ditangguh ke petang ini.. kalau tidak ada halangan.. huhu..

4 hari tak ada workout

Hmm.. 4 hari sudah diet ke laut..  esok kalau tidak ada apa, aku mau hiking balik.. lama sudah tidak hiking.. mula dulu dengan  bukit yang senang. Jadi, esok aku mau hiking bukit padang... InsyaAllah..

Masih belum tidur..

Pukul 1.15 am.. Mata masih celik.. belum dapat tidur lagi. Ini kerana  petang tadi aku sudah terlebih tidur. Dari pukul 4.30 sampai pukul 6.00 ptg. Semua gara2 aku melihat wayang Avengers pada hari rabu malam.. lepas tu balik rumah tak dapat tidur, dan petang tadi cover balik tidur. Walaupun aku cuba mau elakkan tidur petang, tapi sebab terlalu mengantuk , aku pun tewas.. Maka, 3 hari ini tidak ada workout..  tidur tidak teratur dan makan semakin tidak terkontrol.. tapi tak apa, baru terlajak 3 hari.. harus cepat2 balik ke pangkal jalan.. hahaha.. Kalau tidak, perjalanan diet tahun ini tetap akan sama seperti sebelumnya.. huhhuu.. Ps: diet hanya usaha untuk kesihatan.. aku tatap bersyukur atas apa yang Allah beri kepadaku.. terlalu banyak nikmat.. Alhamdulillah..

Hujan dah turun

Malam ini tak dapat jooogging.. hujan dah turuuun..  maka esok aku mesti jogging.. petang esok aku plan jogging di Perdana Park, malam terus tengok wayang.. Infinity War!! wow.. kalau tidak ada halangan lah.. hehehe.. Jogging untuk kesihatan, tengok wayang untuk bagi hilang stres.. maka tengok wayang juga boleh dikatakan untuk kesihatan.. hahaha

Orientasi peperiksaan masih membelengu PPSR.

Pak menteri pendidikan kata, kita harus menilai budak secara holistik. Bukan semata-mata untuk mendapat "A". Ppd tidak disuruh membuat perbandingan dan ditegah untuk  menetapkan kpi gps yang mesti dicapai sekolah. Namun semuanya karut!! Merepek!! TAK MASUK AKAL!! Analoginya, seorang bapa membawa anak-anaknya ke KFC. Apabila time mengorder makanan, si bapa berpesan kepada anak-anaknya. "Makanlah secara seimbang, jangan hanya melihat ayam goreng." Si anak pun terpinga-pinga. "Kalau bukan kerana ayam goreng, kenapa bapa bawa kami ke KFC??"

Malam ini black out.. diet lari..

Dari pukul 5 petang hingga sekarang iaitu 8.44 malam, elektrik di kampung aku black out.. semenjak dua menjak ni, elektrik selalu blackout.. Jadi bapa aku ajak makan luar.. aku pun makan roti telur dan ayam 2 ketul.. 1ketul aku punya, 1 ketul lagi ayam mama aku yang tak habis.. maka diet aku malam ini lari dengan kelajuan 70km sejam.. hehehe.. Tak apa, esok aku jogging..

Be Happy go lucky

Kerja cikgu memang stres, apatah lagi bila disuruh capai kpi yang memang mustahil untuk tercapai.. Tahun ini  sudah 9 tahun berkhidmat sebagai guru.. dan telah mengajar matematik tahun 6 selama 7 tahun. Subjek killer zaman-berzaman.. Mengajar matematik UPSR tahun 6 sangat membebankan apabila kita dikerah untuk capai kpi, apatah lagi di sekolah pedalaman. Keseronokan mengajar hilang apabila kita terpaksa mengajar dan melatih tubi murid untuk menjawap soalan standard KBAT. Pedahal kebanyakan sekolah pedalaman, taraf pemikiran murid masih ramai yang belum mencapai standard KBAT. Guru yang mengajar pedalaman sudah tentu  memahami akan perkara ini. PAK 21 hanya hebat atas kertas. Pak 21 sebenarnya benda yang lapuk tetapi di branding semula.. sejak dulu lagi ada sistem berorientasikan murid. Bukan hanya apabila pak 21 diwujudkan. Oleh itu apa yang perlu ditekankan oleh KPM bukannya pak 21, tetapi perubahan dasar pendidikan. Dasar kita secara realitinya masih lagi exam oriented. ...

2.4 km done tonight..

Setelah dipaksa diri, maka malam ini aku berjaya pusing padang 6 round. Yahoo!! 5 round slow jog, 1 round brisk walk..

Go go go..

Image
Badan berasa sangat penat dan letih untuk buat workout.. tetapi biasalah.. No Pain, No Gain..

Stres

Stres boleh menyebabkan berat badan naik.. stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu kajian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan. Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat. Rujukan: https://siraplimau.com/stres-punca-berat-badan-bertambah/

Jogging 2 round padang..

Pagi ini sempat jogging 2 round padang sebelum hari semakin panas.. bila sudah panas terik, aku pun berenti.. lepas tu pumping 15 kali.. itu saja pagi ini.. memang tidak cukup.. kalau boleh malam ni sambung lagi..

Workout challange..

Aku sudah dapat idea cara untuk memotivasikan diri.. workout challange!!.. Jadi setiap minggu akan ada cabaran workout.. minggu ini adalah ... jeng jeng jeng.. 30 kali pumping sehari..

Alhamdulillah...

Diet sarapan pagi lulus, tapi tengahari fail.. sebabnya lauk yag dimasak oleh beliau sedap.. jadi susah mau kontrol.. oleh itu terlebih makan sudah.. Walau bagaimana pun, syukur atas rezeki Allah bagi.. Tidak pernah aku tidak cukup makan, malah terlebih lagi. Alhamdulillah..

Tengok movie, sambil makan ayam goreng..

Baru lepas tengok movie hurricane heist.. dan sekarang sudah pukul 12.34am.. Masa layan movie, perut terasa lapar sebab belum makan malam..  dan sambil tengok movie tadi, sempat aku melantak 2 ketul ayam goreng.. huhu.. ku lihat perutku, dan dalam kepekatan malam, diwarnai saki baki cahaya lampu dari luar yang semakin malap kerana bergelut menerobos langsir tingkap dan pintu, kulihat lemak2 ku pun seolah-olah menari2 dengan gembira.. kerana bakal mendapat jiran baru... hahahaha ..

Makan tidak dapat kontrol

Sudah 3 hari program diet, tapi dari segi pengawalan makanan masih belum menunjukkan prestasi memberangsangkan.. Namun kuantiti makanan yang diambil telah berkurang sedikit.. tapi masih belum menunjukkan ciri2 pemakanan orang yang bersungguh2  untuk diet.. Pemakanan inilah yang menjadi punca diet aku gagal  selama ini.. dan mungkin pada kali ini juga sama.. Mesti cari cara untuk mengatasi nafsu makan ini.. hmm macam mana aa?  Hmm.. tiba2 terpikir burger McD.. hot n crispy chicken, smoky grilled beef.. mesti dicuba juga tu.. oh no!!..

Malam ini workout 2.4 km

Syukur, hari ini sebelum tidur, dapat juga aku slow jog 2.4 km di Padang Papar.. 3 round jogging, 1 round jalan kaki, dan 2 round jogging.. Walau pun  pada mulanya sangat penat dan malas mau bersenam, tapi bila tengok perut yang semakin mengembang, dan bila terpikir cangkuk seluarku yang terputus sebab semakin sempit, maka terus aku paksa juga untuk turun berjogging.. Tapi seperti yang dirancang kelmarin, aku tidak dapat buat 5 km kerana  terlalu penat dan semput.. lagipun hari sudah semakin malam. Pukul 9.45pm.. Hujung minggu, kalau tidak ada halangan, aku mau hiking..

Malam ini tidak buat workout

Malam ini sebenarnya aku merancang buat workout, tapi badan rasa kurang sihat. Jadi rehat dulu malam ni, esok workout diteruskan.. slow jog, 2.4km  or more.. Refleksi untuk pemakanan, nampaknya hari ini pengambilan Xtra vaganza.. maka hari ini diet lari ke laut.. Jadi esok aku akan berusaha pusing padang 5 km..

Jogging di Padang..

Pagi ini aku buat workout.. jogging di padang.. slow jog 2 round, Jalan kaki 1 round.. buat sebanyak 2 set.. maka sampailah 2.4 km.. Balik makan mee 2 pinggan, telur dadar 2 biji.. Dan makanan sampingan yg lain.. tidak dilupakan kopi 3 in 1.. Walaupun dalam kategori obes kelas 2, namun aku masih boleh dikatakan fit dalam kelasnya.. Dan masih perasan antara yang comel dan hensem dalam kategori ini.. namun ini hanya aku dapat rasakan ketika tengok cermin.. kalau tengok gambar tidaklah sebegitu.. macam ada yang spoiler.. mungkin salah kamera.. agaknya iPhone X sahaja yang ngam untukku.. hmm.. i phone X.. RM 4k .. duit oh duit.. Mana ko duit.. haha

Starting kilo..

Berat sekarang aku adalah 137 kg.. tinggi 178cm.. Berat ideal ialah 75kg hingga 80kg.. Kiraan BMI menunjukkan obes tahap 2..

First post

15 hb 4, 12.30am.. blog baru selepas sekian lama berhenti memblogger.. Blog ini aku coretkan adalah  untuk mencatatkan perjalanan hidupku yang menjurus ke arah usaha dietku yang seringkali menunjukkan ketidak berhasilan.. malah makin berkembang mengekori waktu (fuh ayat).. Jadi setelah sekian lama dietku tidak menjadi, maka aku mengambil keputusan untuk menerima seadanya lemak-lemakku yang memang tidak mahu berpisah denganku.. malah semakin bertambah kemenjadiannya.. Tapi.. Kesihatan tatap juga mesti di jaga.. So.. Stay healthy.. just enjoy with my extra kilo.. Tapi kalau menunjukkan penurunan kilo, itu lebih bagus.. Jadi sebagai aktiviti membuang masa, maka blog ini diwujudkan.. untuk suka-suka saja..