Stres

Stres boleh menyebabkan berat badan naik.. stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu kajian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.

Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.

Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat.

Rujukan: https://siraplimau.com/stres-punca-berat-badan-bertambah/

Popular posts from this blog

Bukit Kopungit hiking

Penipu dan pemfitnah..

Bukit Padang Hiking