Be Happy go lucky
Kerja cikgu memang stres, apatah lagi bila disuruh capai kpi yang memang mustahil untuk tercapai..
Tahun ini sudah 9 tahun berkhidmat sebagai guru.. dan telah mengajar matematik tahun 6 selama 7 tahun. Subjek killer zaman-berzaman..
Mengajar matematik UPSR tahun 6 sangat membebankan apabila kita dikerah untuk capai kpi, apatah lagi di sekolah pedalaman. Keseronokan mengajar hilang apabila kita terpaksa mengajar dan melatih tubi murid untuk menjawap soalan standard KBAT. Pedahal kebanyakan sekolah pedalaman, taraf pemikiran murid masih ramai yang belum mencapai standard KBAT. Guru yang mengajar pedalaman sudah tentu memahami akan perkara ini.
PAK 21 hanya hebat atas kertas. Pak 21 sebenarnya benda yang lapuk tetapi di branding semula.. sejak dulu lagi ada sistem berorientasikan murid. Bukan hanya apabila pak 21 diwujudkan.
Oleh itu apa yang perlu ditekankan oleh KPM bukannya pak 21, tetapi perubahan dasar pendidikan. Dasar kita secara realitinya masih lagi exam oriented. Lihat saja UPSR, meskipun sekarang telah dimansuh menjadi PPSR, tetapi tetap juga masih lagi mengekalkan peperiksaan. Cuma ditambah makeup pajsk, segak dan pbd.
Maka pegawai ppd yang incharge tetap akan membuat perbandingan, menekankan peratus lulus dan menitik beratkan bilangan A yang dicapai dalam peperiksaan. Cikgu tetap dikerah untuk melonjakkan prestasi ppd dalam akademik, takut ppd dapat ranking yang corot.
Maka pendidikan kita tetap pincang. Pada pendapat aku, Kerajaan sekarang telah gagal dalam beberapa aspek pendidikan, salah satunya pendidikan awal sekolah rendah . Mudah2an akan ada pak menteri yang lebih cerdik untuk meneraju pendidikan dan mengemudi hala tuju pendidikan ke arah yang betul selepas pru 14 ini. Pak menteri Kpm sekarang tidak boleh pakai sebab tidak berani untuk ubah dasar. Meskipun banyak yang beliau dapati hasil kajian beliau diluar negara, namun dasar tetap sama. You know something, but have no gut to change it.. it is useless!!
Mudah2an tidak akan mendapat lagi menteri seperti Midin dan Madey, yang pada pendapat aku gagal malah memporak-porandakan sistem pendidikan kita..
Inilah salah satu dari banyak benda yang men stres kan aku sebagai cikgu..
Oleh itu, mesti pandai urus emosi. Jangan terlalu skema, yang mana boleh ikut aku ikut, yang mana tidak dapat, buat saja yang termampu.. yang penting jangan sampai terlalu stres!!
Apa2 hal pun, be happy go lucky..
Ps : mungkin juga pak menteri pendidikan kita keluar negara bukan buat kajian pasal pendidikan, mungkin beliau melancong sambil jalan2 cari makan..