Sosodikon Hill, Kundasang
Puncak Bukit Sosodikon adalah puncak bukit pertama yang aku berjaya sampai setelah lebih kurang 4 tahun aku tidak melakukan aktiviti hiking kerana lutut cedera. Bukit ini tidak berapa susah untuk di daki dan sesuai untuk orang overweight macam aku.
Aku pegi dengan bapa aku. Walaupun sudah berumur 70 tahun, tapi bapa aku masih fit. Kalau berjogging 3 km ulang alik, konferm tertinggal jauh aku dibelakang. Jadi Alhamdulillah aku dan bapa aku selamat sampai ke puncak Bukit Sosodikon.
Masa aku sampai atas, ramai orang nampak aku. Mungkin diorang tidak percaya orang lampuh macam aku pun dapat naik sampai puncak. Diorang pun tepuk ramai-ramai. Ada awek dan sumandak yang lambai-lambai sambil senyum kenyit-kenyit mata. Aku pun rasa bangga dan terharu. "Bah, mari kita balik", bilang bapa.. menyedarkan aku dari lamunan angan-angan.. cess, susah payah aku naik, tiada orang pun kisah.. lemah!!!