Penipu dan pemfitnah..
Memang pemfitnah itu seorang yang penipu.. sekiranya mereka bukan penipu, mereka tidak akan menyebarkan fitnah..
Penipu dan pemfitnah tidak mustahil kelak akan salah guna kuasa.. bahkan hampir pasti bakal menyalah gunakan kuasa.
Ya Allah.. selamatkan Malaysia dari cengkaman penipu dan pemfitnah..
*************************
RASULULLAH ﷺ pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu akan diangkat dan dibenarkan. Sabda Rasulullah ﷺ :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ، ويُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang benar pula didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan bersuaralah golongan al-Ruwaibidah. Baginda ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidah? Maka baginda menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. (HR al-Bukhari).