Air menari..
Semalam aku pegi perdana park.. jalan kaki 1km lepas tu melihat air menari. Sudah lama aku tidak pegi sini. Semenjak beratku 125kg dan kini kembali ke sini dengan 165kg.. what the hell !!! lemah!!
Melihat air menari, teringat aku bagaimana kuatnya semangat aku dulu untuk mengurangkan berat badan. Berjogging di sini sambil melihat air menari-nari dan mendengar muzik. Namun semangat tersebut semakin hilang dan pergi.. maka lemak semakin ramai yang datang secara haram mengisi kekosongan.... memang pendatang tanpa izin..
Maka dengan berat 165kg, aku hanya dapat berjalan kaki 1km dulu setakat ni.. slow slow.. kalau bukan sekarang, bila lagi..