BICARA PROFESIONAL BERSAMA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
*INTIPATI UCAPAN KETUA PENGARAH YANG BERBAHAGIA DATUK DR. AMIN SENIN DALAM BICARA PROFESIONAL BERSAMA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA*
*Tarikh : 25/9/2018*
*Hari. : Selasa*
*Masa : 3.00 ptg*
*Tempat : IPRM, Seremban*
1. Yang Berbahagia Datuk memulakan bicara menyentuh *Budaya Pengurusan Melangkah Ke Hadapan* dipaparkan kepada semua hadirin.
2. Beliau mengucapkan rasa syukur pada Allah SWT kerana lawatan Bicara Profesional ini dirancang pada minggu lepas, bertujuan untuk turun ke semua negeri.
3. Beliau memaklumkan yang beliau terlibat secara langsung dalam menyediakan *Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025)*
4. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 2013 hingga 2025 masalah besar telah melanda. *Melalui pemerhatian beliau, buku PPPM yang setebal 300 m/s TIDAK DIBACA, TIDAK DIFAHAMI, TIDAK DIHAYATI dalam perspektif sekolah.*
5. Beliau juga memaklumkan pada hakikatnya *semua ciri yang terkandung dalam ASPIRASI MURID hanya melekat di dinding sahaja*
6. Beliau *tidak menyalahkan kepada PGB sepenuhnya masalah ini terjadi,kerana PPPM digubal dalam perspektif penggubal. Semua ini menyebabkan PPPM cukup lambat untuk dihayati*
7. Pemahaman *PPPM di peringkat sekolah tidak menyeluruh dan seandainya beliau diberi peluang untuk membetulkan semua ini, beliau akan menulis PPPM dalam perspektif seorang guru di Sekolah*
8. Dalam PPPM ini ada 2 perkara yang perlu diberi perhatian iaitu *kualiti sekolah perlu meningkat dan kemenjadian murid mesti berlaku*
9.Kemenjadian murid berlaku di sekolah bukan di KPM, JPN dan PPD.
10. Beliau menjelaskan pada hari pertama beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah pada 19/10/2017 menggantikan Tan Sri Dr. Khir Mohamad Yusuf, beliau telah memikirkan dengan serius berkaitan PPPM ini.
11. Tujuan beliau berjumpa PGB seluruh Malaysia adalah utk memastikan *kualiti sekolah di Malaysia meningkat dan kemenjadian murid juga meningkat*.
12. Beliau melontarkan pertanyaan bagaimana mahu meningakatkan kualiti sekolah?
- *tidak lain dan tidak bukan skpmg2 adalah instrument paling baik dan perlu digunakan*
13. Bagi Kemenjadian Murid pula, alat pengukurkan yang paling bagus adalah *PBS*.PBS adalah alat yang perlu ditabdir urus dengan sebaik mungkin.
14. Beliau memberi contoh Negara Singapore yang telah jauh meninggalkan Malaysia dalam aspek PBS ini.
15. Beliau menjelaskan yang membuat *semua pihak stress adalah gred purata sekolah ataupun GPS*- GPS menjadi stress kerana semua org menjadi terikat kepada *sistem*
16. Beliau mengulangi - yang merosakkan sistem adalah *GPS* - *sistem semasa kecil boleh dikawal dan apabila besar, sistem mengawal kita*
17. Bagi tahun 2018, beliau memaklumkan tidak akan ada *Pengumuman Keputusan UPSR*
18. Beliau menjelaskan *seandainya tidak bermula daripada sekarang, beliau tidak tahu bila lagi akan bermula*
19. Beliau memaklumkan sama-sama ubah landskap sekolah. *I do my part, you do your part*
20. Mengugapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendengar, lakukan perubahan di sekolah
Semoga bermanafaat.