Ali mencuri epal..

Satu hari di kelas Darjah 4.

Ali dituduh mencuri epal oleh Abu. Ali berkeras menafikannya. Oleh itu mereka memanggil Ah Chong, iaitu ketua kelas mereka untuk menjadi pengadil.

Ah Chong pun merampas beg sekolah Ali. Kemudian diselongkar. Selepas itu Ah Chong pun melaporkan terdapat 10 biji epal , tiga limau dan 1 pisang dalam beg Ali. Ah Chong pun menulis senarai epal curi berserta buah-buahan lain yang juga kununnya dicuri lalu menyerahkannya kepada Ali.

Ali terkejut beruk. Sememangnya Ali ada berbekal sebiji pisang, kemudian membeli sendiri 3 biji limau di kantin. Tetapi tidak ada epal. Dia pun meminta untuk melihat epal-epal yang kununnya dirampas dengan mata sendiri. Namun permohonannya ditolak. "Apa lagi Ali mau, saya sudah bagi bah itu senarai!" Bilang Ah Chong.

Kemudian Ah Chong pun mengumumkan akan memulangkan semula semua epal dan buah-buahan lain ke kantin sekolah dan meminta semula duit. Setelah mendapat duit, duit itu pun diserahkan kepada Abu.

Ali jadi bingung. Ali tidak tahu ada epal yang kununnya dirampas dari begnya. Apa yang ditunjukkan kepadanya hanya duit tunai yang ada pada tangan Abu. Dalam masa yang sama pisang dan semua limaunya entah pergi ke mana.

Ah Chong pun mengumumkan dihadapan kelas,  Ali telah mencuri banyak buah-buahan. Tetapi Ali tidak perlu dibawa jumpa guru disiplin kerana barang curi telah dipulangkan. Walaupun Ali masih belum dibuktikan oleh cikgu disiplin  bahawa dia telah bersalah, namun dia tetap dianggap telah bersalah.

Setelah mendengar pengumuman tersebut, Aminah iaitu teman wanita Ali pun mula benci dengan Ali. Aminah berubah hati, tidak mau berkawan dengan Ali dan mula mendekati dan menyukai Abu.

Akhirnya misi Abu berjaya. Matlamat Abu sebenar adalah untuk menarik perhatian Aminah supaya membenci Ali dan menjadikan Aminah teman wanitanya.

Ah Chong dan Abu adalah satu geng. Mereka sebenarnya berpakat. Ah Chong boleh makan pisang Ali dan menjual atau makan buah limaunya.

Abu adalah seorang yang bijak manipulasi otak manusia. Dia tidak memberi sogokan supaya kawan-kawan lain menyukainya, tapi Abu memanipulasi pemikiran mereka supaya mempercayai dan menyokongnya.

Abu seorang yang genius dalam merangka strategi menumbangkan orang yang dibencinya.

Tamat cerita pendek..

*******************************

Sabda Nabi Shallaahu 'alaihi wa Sallam,

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَي رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ وَلَكِن الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

"Kalaulah manusia itu diberikan hanya dengan berdasarkan apa yang mereka dakwa (tuduhan dan tuntutan), nescaya akan ada dari kalangan mereka yang akan mendakwa (menuntut dan menagih) harta dan darah suatu kaum yang lain (sebagai haknya).

Akan tetapi, beban bukti itu diwajibkan atas mereka yang mendakwa, dan sumpah pula diwajibkan bagi pihak yang terdakwa (dalam rangka mengingkari dakwaan dan tuduhan)."

Popular posts from this blog

Bukit Kopungit hiking

Penipu dan pemfitnah..

Bukit Padang Hiking