Posts

Showing posts from June, 2018

Ali mencuri epal..

Satu hari di kelas Darjah 4. Ali dituduh mencuri epal oleh Abu. Ali berkeras menafikannya. Oleh itu mereka memanggil Ah Chong, iaitu ketua kelas mereka untuk menjadi pengadil. Ah Chong pun merampas beg sekolah Ali. Kemudian diselongkar. Selepas itu Ah Chong pun melaporkan terdapat 10 biji epal , tiga limau dan 1 pisang dalam beg Ali. Ah Chong pun menulis senarai epal curi berserta buah-buahan lain yang juga kununnya dicuri lalu menyerahkannya kepada Ali. Ali terkejut beruk. Sememangnya Ali ada berbekal sebiji pisang, kemudian membeli sendiri 3 biji limau di kantin. Tetapi tidak ada epal. Dia pun meminta untuk melihat epal-epal yang kununnya dirampas dengan mata sendiri. Namun permohonannya ditolak. "Apa lagi Ali mau, saya sudah bagi bah itu senarai!" Bilang Ah Chong. Kemudian Ah Chong pun mengumumkan akan memulangkan semula semua epal dan buah-buahan lain ke kantin sekolah dan meminta semula duit. Setelah mendapat duit, duit itu pun diserahkan kepada Abu. Ali jadi bingun...

Start balik bersenam..

Setelah hampir 2 bulan x bersenam, macam2 sakit badan yang aku rasa.. sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.. Jadi tadi aku paksa diri aku untuk bersenam.. pusing 6 round padang. Separuh jalan, separuh jogging.. Aku hanya tinggal 6 bulan lagi utk capai target 100kg.. adedeh.. macam mustahil.. tp mana tau kali ni boleh.. x boleh give up.. benda2 mcm ni mmg payah.. mau tahan hati saja.. go go..