Posts

18 hari..

Image
8 telur puyu di simpan dalam mini incubator. Start 10 april, 5 telur menetas pada 27 april.. 18 hari..cuba- cuba saja.. x sangka jadi jugak.. haha.. Alhamdulillah.

Stay strong

Pukul 3.00 pagi sudah.. aku belum dapat melelapkan mata.. aku bukanlah orang yg sukar tidur malam.. tapi ada benda berpusing2 di kepala.. Kadang2 ujian dan dugaan yang datang melanda mengheret aku ke garisan limit tahap kekuatan dan kesabaran aku.. terasa lemah dan tertekan..  hidup ini keras.. stay strong!!.. berperasangka baik dengan Allah.. apa yang berlaku pasti ada hikmah..

Sosodikon Hill, Kundasang

Image
Puncak Bukit Sosodikon adalah puncak bukit pertama yang aku berjaya sampai setelah lebih kurang 4 tahun aku tidak melakukan aktiviti hiking kerana lutut cedera. Bukit ini tidak berapa susah untuk di daki dan sesuai untuk orang overweight macam aku.  Aku pegi dengan bapa aku. Walaupun sudah berumur 70 tahun, tapi bapa aku masih fit. Kalau berjogging 3 km ulang alik, konferm tertinggal jauh aku dibelakang. Jadi Alhamdulillah aku dan bapa aku selamat sampai ke puncak Bukit Sosodikon.  Masa aku sampai atas, ramai orang nampak aku. Mungkin diorang tidak percaya orang lampuh macam aku pun dapat naik sampai puncak. Diorang pun tepuk ramai-ramai. Ada awek dan sumandak yang lambai-lambai sambil senyum kenyit-kenyit mata. Aku pun rasa bangga dan terharu. "Bah, mari kita balik", bilang bapa.. menyedarkan aku dari lamunan angan-angan.. cess, susah payah aku naik, tiada orang pun kisah.. lemah!!!

Air menari..

Image
Semalam aku pegi perdana park.. jalan kaki 1km lepas tu melihat air menari. Sudah lama aku tidak pegi sini. Semenjak beratku 125kg dan kini kembali ke sini dengan 165kg.. what the hell !!! lemah!! Melihat air menari, teringat aku bagaimana kuatnya semangat aku dulu untuk mengurangkan berat badan. Berjogging di sini sambil melihat air menari-nari dan mendengar muzik. Namun semangat tersebut semakin hilang dan pergi.. maka lemak semakin ramai yang datang secara haram mengisi kekosongan.... memang pendatang tanpa izin..  Maka dengan berat 165kg, aku hanya dapat berjalan kaki 1km dulu setakat ni.. slow slow.. kalau bukan sekarang, bila lagi..

today is the day..

To start again.. 

jagalah lisan..

Image

Jadi lebih baik

Image